Saturday, May 8, 2010

Muda = Tua ??


Assalamualaikum w.b.t...


"Selamat Hari Jadi" atau "Happy Birthday to you" antara ucapan-ucapan yg kita terima atau dengar dari rakan, keluarga serta kenalan tatkala umur kita menginjak lalu hati kita 'terlonjak-lonjak' gembira seterusnya terkesan kepada akal dan juga fizikal kita turut 'terlonjak-lonjak' gembira kerana apa?? Sudah tentu dek kerana umur kita yg baru menginjak kepada angka yang baru itu. Inilah fenomena yang biasa kita lihat pada mu'dzom atau majoriti makhluk yang bernama manusia. Namun fenomena inilah yang menjadi kehairanan kepada Tanahina kerana pada hemat Tanahina fenomena yang biasa pada mata kita inilah yang membuatkan manusia selalu lupa pada 'kawan karib' manusia itu...Pasti sahabat semua terfikir-fikir "apelah yg Tanahina cuba nk cakapkan ini?!" atau "Tanahina ni nak mengarut ape pulak ni?!". nanti dulu, jangan cepat buat andaian..

Tanahina rasa pelik dan kadang-kadang jelik terhadap sambutan yang disambut kebanyakan manusia apabila umurnya meningkat. Disambut dengan ucapan-ucapan, kek harijadi, hadiah-hadiah antara perkara 'wajib' ada dalam sambutan harijadi seseorang tidak kira kanak-kanak yang belum mengerti sepenuhnya erti sebenar hidup didunia ini mahupun yang sudah TUA yang 'terlebih' mengerti erti sebenar hidup didunia fana ini. Kadang-kadang yang sudah TUA ini pula yang berlebih-lebih sambutan harijadinya berbanding kanak-kanak! Ada yang lebih 'ekstrem', keknya penuh dengan lilin berbanding isi kek tersebut yang membawa maksud atau memberi isyarat kepada umur yang baru dicapai. Inilah yang membuatkan Tanahina rasa hairan dengan manusia yang beriya2 gembira dengan sambutan harijadinya, sudahlah 'ekstrem' begitu ditambah pula dengan hiburan yang mengarut serta pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku. Tidak sedarkah kita bahawa semakin menginjak umur kita semakin 'karib' kita dengan 'kawan karib' kita tersebut!!

Tanahina yakin ada sebahagian sahabat faham makna 'kawan karib' itu. Namun, Tanahina yakin ada juga sahabat yang tidak mengerti makna 'kawan karib'. 'Kawan karib' kita yang sedikit pun tidak pernah renggang dengan kita itu adalah MATI! Inilah 'kawan karib' kita yang paling setia dengan kita. Sedarlah kita semua bahawa setiap saat yang berlalu bermula dari kita bangun tidur membuatkan kita semakin TUA walaupun umur kita MUDA. Apabila kita semakin TUA semakin hampirlah kita dengan MATI dan kita perlu pegang dengan kuat sekali MATI itu PASTI sebagaimana Firman Allah dalam KitabNya yg mulia mafhumnya "Setiap yang bernyawa itu pasti MATI..." dan mengertilah serta ingatlah 'kawan karib' kita itu tidak akan lambat sedetik mahupun cepat sedetik!

Sebagai penutup kalam, akronim dari perkataan M.A.T.I boleh membawa makna Muda Adalah Tua, Insaflah! Jadi, daripada akronim ini Tanahina dan sahabat semua 'wajib' ubah cara hidup kita kerana kita Lahir, Hidup & Mati pada yang SATU, inilah misi, visi serta matlamat kita diciptakanNya bermula saat kita dilahirkan sehingga ke liang lahad.

Wallahu A'lam..

p/s:- maaf atas segala kekurangan dan kecacatan hasil tulisan pertama Tanahina ini, komen @ pandangan yang membina serta kritis terhadap makalah yang hina ini amat diperlukan..tq

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...
    Tahniah dia atas kelahiran blog dan entri sulung anda.

    Apapun, komen untuk entri 'birthday' ini, tak salah untuk menyambut hari lahir... Tapi biarlah ianya sekadar bersederhana. Ada orang sambut birthday ada kek+lilin, buat jamuan dan sebagainya. Tak salah kalau ianya ikut apa yang Allah suka dan kita tak boleh juga menghukum benda2 macam tu tak boleh buat, kerana niat seseorang itu, hanya Allah yang berhak mengganjarinya =)

    ReplyDelete
  2. sebenarnya Tanahina tidak bermaksud mengatakan sambut harijadi itu salah tetapi didalam makalah yg ringkas lg hina ini, Tanahina hny ingin menekankan kpd soal MATI...

    p/s- tq atas komen anda & maaf atas segala kekurangan yg dilakukan oleh makhluk yg berasal dr tanah yg hina ini..syukran

    ReplyDelete
  3. apapun, nice writing... keep it up! hope to read the second, third and next entry ^_^

    ReplyDelete
  4. adakah ini 'budak Golfer' USIM??? hehe

    ReplyDelete